Wednesday, October 13, 2010

Chinta...

skang ni sume org sibuk tgk cite nihh.. aku pon tak terkecuali.. hari2 melekat depan tv sbb nk tgk kesudahan.. tp arinih aku bace spoiler.. DAYMNE!!!!!! aku, kaksu and yani (nih sume2 opismates aku) sgt sepakat mengatekan yg Adi Putra dlm cte nih sangatlahhhhhhh handsome.. tak puas la tgk muke die.. hehe.. anyway.. aku nk share spoiler nih ngan korang... wahahahahahaah... rasekan ape yg aku rase..
Sinopsis drama bersiri Chinta
Drama Chinta berkisar pergolakan hidup dan percintaan seorang gadis jelita yang terjebak dalam kancah pelacuran.

Chinta satu nama kepada gadis cantik yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah dan bijak. Chinta tahu menggunakan aura tarikan dan kelebihan dirinyanya untuk memikat ramai lelaki yang hanya mahukan tubuhnya. Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika.

Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupukupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.

Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu Amar, seorang bodyguard kepada seorang pelanggan tetap Chinta. Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki yang pernah ditemuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke majlis pernikahan mereka.

Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali bagaikan menjadi puteri dari kayangan yang menghiasi mimpi indah jutawan hidung belang tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya mengharungi kesakitan diharungi setelah kehilangan Amar.

Suatu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya apabila pertamakali bertemu Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Cuma bezanya Rasul Iman bersongkok dan lebih kepada keagamaan. Chinta nekad, dia harus memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal. Tapi bagaimana?




kredit to: www.anizyn.blogspot.com

3 comments:

Miss Q said...

la mati ke?? menyesal baca! isk3

tp cite ni nampak la low budget. dok matikan watak aje.Dah la masa Zain Saidin mati, 5 orang je baca Yasin?? aihhh..

My MiRa said...

best sangt2 kan cerita ni!!

*she's s0 e!Ra* said...

yg spoil nye ialah? errr baca dan bace last2 tapi bagaimana je? hahaha